Program Penghayatan Hari Kebangsaan

12 September 2020 | Aktiviti Terkini

Program Penghayatan Hari Kebangsaan diadakan pada hari 11 September 2020 bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Seramai sepuluh orang peserta iaitu terdiri daripada lapan orang peserta lelaki dan dua orang peserta perempuan yang menyertai program ini.Peserta masih lagi dihadkan mengikuti syarat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Program ini bertujuan menguji daya ingatan dan semangat patriotik peserta terhadap sejarah dan pejuang-pejuang yang telah berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan negara seperti yang dikecapi oleh negara Malaysia sehingga kini.Di samping itu,program ini juga dapat menarik minat peserta kerana dibekalkan hadiah untuk setiap peserta.Markah yang dikumpul oleh peserta mengikut jawapan yang dijawab betul melalui soalan secara lisan yang ditanyakan oleh penganjur program.Di Akhir program,peserta yang mengumpul markah yang banyak diberi hadiah.Tidak lupa kepada peserta yang mengumpul markah yang sedikit turut diberi hadiah saguhati bagi menghargai mereka menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas